Site icon Gogo Travel and Transport

10 AKTIVITI PELANCONGAN DAN TEMPAT MENARIK DI SABAH

Sabah Map

Sabah Map

10 AKTIVITI PELANCONGAN DAN TEMPAT MENARIK DI SABAH

Sabah juga dikenali dengan Negeri Di Bawah Bayu sememangnya terkenal dengan satu destinasi pelancongan yang tidak asing lagi. Ramai pelancong dari dalam dan luar negara memilih Sabah sebagai destinasi yang terkenal dengan aktiviti pelancongan dan tempat menarik. Kenali 10 aktiviti serta tempat yang menarik di Sabah, negeri di bawah bayu ini:

1) Gunung Kinabalu, Sabah.

Kinabalu Mountain, Sabah
Kinabalu Mountain, Sabah

Pesona keindahan mendaki Gunung Kinabalu tidak pernah mengecewakan anda, hal ini kerana di sepanjang jalan menuju ke puncak anda akan melalui landskap hutan yang pelbagai daripada hutan tropika ke mossy forest seterusnya deretan pohon-pohon bonsai menunggu di Bonsai Garden dan akhir sekali ketika mendaki dan sampai ke puncaknya  satu perasaan takjub teruja meresap di dalam jiwa apabila anda melihat puncak sambil dilitupi dengan awan-awan. Memang cukup memukau mata yang melihatnya. Bukan itu sahaja, mendaki gunung juga dapat membantu anda meningkatkan tahap kesihatan, sebagai contoh meningkatkan kesihatan jantung dan paru-paru serta dapat meningkatkan daya tahan tubuh. 10 AKTIVITI PELANCONGAN DAN TEMPAT MENARIK DI SABAH!

2) Mari Mari Cultural Village.

Mari Mari Cultural Village Sabah

Mari Mari Cultural Village adalah satu lokasi percutian bertaraf antarabangsa yang terdapat di Kota Kinabalu. Ianya mensajikan para pelancong dengan persembahan kebudayaaan ‘real life’ daripada  pelbagai masyarakat di sabah. Bukan itu sahaja, anda akan berasa seronok dan teruja dengan keindahan serta pengalaman melakukan aktiviti tradisional seperti menyalakan api dengan buluh, menari tarian tradisional,meniup sumpit,merasa makanan tradisional dan sebagainya. 10 AKTIVITI PELANCONGAN DAN TEMPAT MENARIK DI SABAH!

 

3) Pulau Manukan

Pulau Manukan Sabah

Terkenal sebagai salah satu tarikan utama di negeri Sabah, Pulau Manukan adalah pulau terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman dan ia juga telah diiktiraf sebagai taman laut negara. Selain itu, pulau ini juga mempunyai beberapa kawasan yang terbentang baik di pantai selatan. Dan yang paling penting, pulau ini sangat ideal untuk aktiviti menyelam atau snorkeling serta bersantai kerana suasananya yang begitu tenang dan cantik. 10 AKTIVITI PELANCONGAN DAN TEMPAT MENARIK DI SABAH!

4) Desa Dairy Farm, Kota Kinabalu.

Desa Farm Sabah

Jangan lepaskan peluang untuk menjejakkan kaki ke Desa Cattle Dairy Farm yang terletak di Kundasang, Sabah, Desa Cattle ni adalah sebuah ladang perternakan lembu dan kambing, tetapi lembu yang diternak ini bukan jenis lembu biasa. Ia daripada baka luar Negara. Disini kita dapat menikmati pemandangan yang indah, cuaca yang sejuk seperti di new Zealand seolah-olah kita berada di Negara lain. Bukan itu sahaja, kita juga dapat menyimpan seberapa banyak gambar sebagai kenangan. 10 AKTIVITI PELANCONGAN DAN TEMPAT MENARIK DI SABAH!

5) Rainforest Discovery Centre (RDC) di Sepilok,Sabah.

Sepilok Sabah

Anda dapat Bersiar-siar di dalam hutan atau berjalan di sepanjang 147-meter panjang laluan pejalan kaki kanopi dan nikmati pemandangan hutan hujan yang indah. Berjalan kaki pada waktu malam di sepanjang denai juga memberikan peluang kepada anda untuk melihat hidupan liar yang tinggal di dalam hutan ini, seperti pelanduk, musang, tarsier comel dan pelbagai jenis serangga dan burung. Bagi pencinta flora,anda dapat melihat dengan puas spesis orkid asli yang berkembang mekar. 10 AKTIVITI PELANCONGAN DAN TEMPAT MENARIK DI SABAH!

6) Sabah Indoor Climbing Centre.

Sabah Indoor Climbing

Anda tidak pernah ber’wall climbing’? Jangan risau, jangan sedih, di sini terdapat ramai pakar-pakar wall climbing yang dapat membantu anda menjadi seorang wall climber yang tidak gentar menghadapi cabaran. Melakukan aktiviti lasak bersama keluarga adalah satu aktiviti yang sangat bermanfaat dan berbaloi kerana ia dapat membantu anda menaikkan keyakinan diri dan sifat kepimpinan ahli keluarga terutama anak-anak. Seronok dan berfaedah, bawa sahaja keluarga ke sini, mesti seronok punya! 10 AKTIVITI PELANCONGAN DAN TEMPAT MENARIK DI SABAH!

7) Ranau Paragliding Park

Ranau Paragliding Sabah

Ranau yang memiliki bentuk muka bumi bergunung-ganang dan becuaca agak sejuk dengan udara yang menyegarkan. Untuk yang ingin melakukan aktiviti ekstrem, datanglah ke Ranau Paragliding Park di mana anda dapat berpragliding ibarat burung yang terbang bebas sambil menikmati pemandangan sekitar yang indah, anda dapat melihat kawasan perkampungan dan sawah-sawah padi yang terbentang luas. Satu pengalaman yang sukar anda lupakan. 10 AKTIVITI PELANCONGAN DAN TEMPAT MENARIK DI SABAH!

8) Maliau Basin Conservation Area

Maliau Basin Conservation Area, Sabah

Maliau Basin Conservation Area adalah kawasan hutan yang menyeronokkan untuk aktiviti memerhati burung dan merentas hutan. Untuk aktiviti merentas hutan, ia boleh dilakukan pada malam hari untuk melihat haiwan liar yang bebas di habitat mereka.Kalau anda betul-betul serius ingin menerokai hutan ini, jangan lupa untuk memakai pakaian dan kasut yang sesuai, penting juga untuk memakai stokin yang dapat menyelamatkan anda daripada pacat, dan dinasihatkan untuk anda memakai penolak serangga ataupun insect repellent pada kulit. Menerokai hutan ini memang mencabar dan tidak begitu sesuai untuk kanak-kanak dan untuk orang yang kurang stamina. 10 AKTIVITI PELANCONGAN DAN TEMPAT MENARIK DI SABAH!

 9) Sungai Mengkabong, Tuaran.

Sungai Mengkabong, Tuaran, Sabah

Terletak kira-kira 35 minit memandu dari bandar. Sungai ini kaya dengan bakau dan kehidupan laut seperti kepiting dan ikan. Pelayaran sungai Mengkabong merupakan salah satu produk pelancongan popular bagi pelancong asing dan tempatan. Menghabiskan beberapa jam di sungai Mengkabong adalah cara terbaik untuk menghabiskan hari itu. Disini anda dapat melakukan aktiviti seperti mencuba seni lukisan batik dan cara menangkap ketam tradisional. Ia adalah perjalanan yang hebat bagi mereka yang tidak pernah berada di salah satu safari sungai bakau ini. 10 AKTIVITI PELANCONGAN DAN TEMPAT MENARIK DI SABAH!

 10) Poring Hot Spring, Ranau.

Poring Hotspring Sabah

Anda boleh mandi mandian air panas di tab mandi peribadi atau menikmati kehangatan air di Rock Pool, alami berjalan kaki kanopi untuk merasakan keseronokan berada di ketinggian tinggi di kalangan puncak pokok, mengambil gambar dengan rakan-rakan atau keluarga, atau hanya mengambil jalan santai untuk menikmati pemandangan indah di sekitar pejabat utama Poring Hot Springs. Anda boleh pergi ke Pusat Pemuliharaan Poring Orchid, taman tropika dan tapak bunga Rafflesia yang terletak berhampiran. 10 AKTIVITI PELANCONGAN DAN TEMPAT MENARIK DI SABAH!

Layari laman web kami di www.kkleisure.com atau hubungi kami di +6089-234607 untuk maklumat lanjut.

Summary
Article Name
10 AKTIVITI PELANCONGAN DAN TEMPAT MENARIK DI SABAH
Description
Sabah juga dikenali dengan Negeri Di Bawah Bayu sememangnya terkenal dengan satu destinasi pelancongan yang tidak asing lagi. Kenali 10 aktiviti serta tempat yang menarik di Sabah
Author
Publisher Name
KK Leisure Tour & Rent A Car S/B
Publisher Logo
Exit mobile version